Tuesday, August 28, 2012

Tips Penjagaan Diri

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, cukuplah dengan "olahraga" dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

- Selamat Beramal -

Percutian Ke Gem Island Resort & Spa

Gem Island? Kt mana tu? Pasti itu yang bermain di segenap minda pembaca. Mcm tu jgk la saya pada awlny ketika membuat pemilihan tmpat utk bcuti bersama zaujah.

Melihatkan pelbgai faktor antarany cuti yang singkat akhirnya kami memilih utk bercuti di Pulau Gemia ini.

Sedikit info berkenaan pulau ni.
  • Gem Island adalah salah satu pulau privasi di Malaysia yang dibina dengan keindahan semula jadi hebat masih utuh. 
  • Gem Island terletak di Taman Pemuliharaan Marin dengan perairan jernih, pemandangan laut yang menakjubkan air karang dan hidupan marin kerana beberapa keajaiban alam semula jadi
  • Dibina di sepanjang tepian pantai dan mengekalkan kehijauan yang subur, ia menawarkan kemudahan seperti Spa di rumah, menikmati percutian yang mewah dan meremajakan semua deria anda.
  • Pulau ini adalah letaknya di Terengganu dan untuk pergi ke sana anda perlu mengambil bot di Jeti Marang.
  • Pulau ini merupakan pulau yang masih privasi dan betul-betul terletak berhadapan dengan Pulau Kapas.
  • Terdapat 1 resort yang agak selesa yang dipanggil Gem Island Resort & Spa.
  • Harga satu malam bagi resort ini adalah bermula dari RM290 utk 2 org termasuk sarapan dan ianya bergantung kepada pakej yang ditawarkan.
  • Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang percutian di sini boleh didapati dari web resort itu sndiri. http://www.gemisland.com.my
Perkhidmatan bot laju yang disediakan
zaujah ketika menaiki bot



















Pada percutian tersebut, kami telah membuat tempahan awl termasuk bot perjalanan dan ternyata ianya lebih mudah kerana pihak pengusaha bot menelefon dan mnunggu ketika kami tak sempat tiba di jeti pada waktu bot sptutnya dijadualkn berlepas. Tambang bot bg seorg dewasa utk 1hala adalah RM30. Jadi total kami RM120 utk perjalann pergi dan balik.

 
tiba di resort
Antara permandangan2 yang dapat disaksikan di kawasan ketibaan




Setelah di jamu dgn welcome juice kami terus ke resort.
Inilah bilik kami mengadap laut
balcony bilik kami
Ambil peluang jalan2 sekitar resort.

Sebelah malam ambil dinner sblm berjalan2 menikmati suasana malam.

harga makanan utk dinner kat sini.

antara pengunjung2 lain seperti kami

gambar yg sempat di ambil sebelah malam
 Breakfast yang disediakn jgk boleh tahan.
sarapan utk hari ke 2
sarapan utk hari ke 3 kami
Hari ke 2 kami xbyk aktivit dilakukan just sblh pg ny hantr zaujah pg Spa then sblh ptgny plk kami ambil peluang mandi di pesisir pantai pulau ini. 


Disebabkn zaujah tkut utk ambk lain2 aktiviti mcm snorkling n kayak. Jadi kami byk hbskan masa dgn berjalan2 dan ambk gambr sekitr pulau.

berlatarbelakangkan pulau kapas

Hari ke-3 sebelum balik, hantr zaujah buat facial dlu sbb smuany dah termasuk dalam pakej yang kami pilih dan ambl2 gmbr2 terakhir sblm meninggalkn pulau.



dr sini boleh berkayak terus ke pulau kapas




Akhirnya bot kami tiba kira2 jam 12:00 hari. Kami sengaja balik lbh awl bg mengelakkan ombak besar disebelah ptg, yg mana boleh menyebabkan bot melambung tinggi ketika melawan ombak dan ianya amat mendebarkan kami.

Monday, August 27, 2012

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT

Kira2 kurg lebih 3 tahun blog ni xdiusik x dikemaskini atau di update utk sbrg post. 
Dan alhamdulillah dalam kurg lebih 3 thn ni lah pelbagai mcm benda yang berubah dan pelbagai macam kenikmatan yg Allah kurniakn.. Xkurg juga ujian2 sbg penambah kash syg Allahu azza wajalla buat diri ini.

Alhamdulillah kini diriku sudah pun bekerjaya. Dari Seorang pelajar kejuruteraan sehinggalah bergelar engineer, yang mgkn di impikan sejak di bangku sekolah lg. 

Sehingga hari ini aku telah pn bekerja utk 4 buah syarikat berlainan. Pertama di sebuah syarikat pembuatan dan penghasilan racun dan baja kimia, kemudiannya ke syarikat oleokimia, penghasilan makanan dan minyak dari kacang soya sebelum beralih pula ke syarikat milik Jepun di Shah Alam sbg Jurutera Persekitaran (Environmental Engineer). Namun kerjaya di sana hanya bertahan sehingga 6bln shj kerana menerima tawaran kerja yang lebih baik di Bandaraya Miri, Sarawak.

Alhamdulillah status ku kini juga berubah. Impian untuk berumah tangga selepas 1thn bekerja akhirnya terlaksana dengan izin Allah swt. Aku sgt2 bersyukur atas sgala kurnia dan aturan allah ini sungguhpun kini terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta. Isteri yang pd aku sesuatu yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa dan seorg insan yang sangat2 istimewa. 

Jodoh yang bermula dengan suatu perkenalan yg sgt unik dan istimewa yg mna aku mnerima tawaran dr keluarga ku tanpa aku tlbh dlu mengenal rupa, sikap mahupan suara bakal isteriku. Cuma yang ku tahu seorg insan yg bertudung labuh dan bersarung tangan serta kaki dengan sempurna. Alhamdulillah dengan penyerahan pd Allah pd awalnya membawa 1 kenikmatan pada keluarga yang baru dibina ini.

Cuma apa yg perlu dilalui kini adalah harus terus tabah menghadapi hidup sehari2 tanpa isteri di sisi. Telah ditakdirkan rezekiku di bumi sarawak dan dia di bumi kelantan tercinta. Tp aku ttp yakin insyaallah suatu hari Allah akan dekatkan jua kami. Terus usaha dan berdoa insyaallah masanya akan tiba..