Wednesday, September 12, 2012

Scholl "Style with Comfort”


Saya berasa tertarik untuk mengkaji dan berkongsi berkenaan kasut Scholl ini setelah ianya amat disarankan oleh doktor-doktor perubatan terutamanya bagi isteri2 yang sedang mengandung.

Sehingga hari ini, Scholl sudah pun memperkenalkan pelbagai rekabentuk kasut yang mengutamakan keselesaan dan mengintegrasikan kaki semasa berjalan tidak kira untuk lelaki atau pun perempuan. Ianya termasuk “best seller comfort shoes” untuk wanita ini seperti Bioprint, Gelactiv, Massage, Memory Cushion, Sole Support, Arch Support dan Biomechanics

Dengan kasut2 ini Pemakai boleh berjalan sepanjang hari tanpa rasa letih, melegakan sakit kaki dan meningkatkan keselesaan kaki dengan wujudnya teknologi pada kusyen yang dapat melindungi pemakainya ketika berjalan.
Pemilihan Scholl bukan sahaja boleh meningkatkan keselesaann kaki, juga sesuai digayakan dgn mana-mana fesyen.

Sepanjang post ini,  anda bolehlah mendapatkan sedikit info berkenaan tiap2 design “comfort shoes” Scholl tersebut. Dan ia mungkin dapat membantu anda (begitu juga saya) dalam membuat keputusan untuk memilih pilihan yang sesuai dibeli dan dipakai oleh anda atau yang tersayang.

1.         Seperti sarung tangan untuk kaki, Bioprint direka mengikut kontur/postur kaki yang boleh memberikan keselesaan yang optimum kpd si pemakai. Ia menyediakan tahap tekanan  yang berbeza dan sokongan kepada setiap bahagian kaki bagi memastikan kelancaran dalam setiap langkah.

2.         Sebaliknya, Gelactiv dapat mengurangkan keletihan dan menyegarkan kaki yang  letih tanpa mengira berapa lama kasut ini berada di kaki. Dengan kusyen gel yang menyerap kesan,  ia melindungi pemakainya ketika mereka berjalan.

3.         Sementara itu, Memory Cushion adalah satu “footbed unik”  yang diacuankan mengikut kontur kaki seseorang dan seolah2 mempunyai spring untuk kembali ke bentuk asal. Maka ia menawarkan tahap sokongan yang sama apabila memakai seterusnya. Dan Ia juga dapat melegakan sakit kaki.

4.         Massage pula adalah kasut yang sering menjadi produk terlaris Scholl setakat ini. Teknologi yang ada pada kasut/sandal ini memudahkan tekanan pada kaki yang mana dengan perlahan-lahan ia mengurut tapak kaki ketika anda berjalan. Ini disebabkan “Nodul” yang ada dalam footbed merangsang peredaran darah di kaki anda.
 5.         Arch Support membantu melegakan tekanan dan keletihan pada kaki dengan keselesaan yang optimum untuk kaki jenis  flat feet, weak atau fallen longitudinal arches.

6.         Features  yg ada pada Sole Support pula akan membantu memberi senaman dan rentak pada otot kaki ketika berjalan. Ia juga bertindak untuk melindungi dan melegakan ketegangan pada pusat kaki.

7.         Akhir sekali, Biomechanics direka untuk memberi kesan positif  bagi “allignment  dan postur kaki” yang mana mengurangkan tekanan dan daya pada kaki dan sendi.

Disebabkan kasut-kasut Scholl ini sesuai bagi meningkatkan kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan melalui kaki. Jadi tidak hairanlah mengapa harganya agak sedikit mahal walaupun hanya  cuma untuk sepasang kasut/sandal.Tapi insyaallah perbelanjaan anda adalah berbaloi, lebih2 lagi untuk wanita-wanita yang sedang mengandung.
Setakat ini kasut/sandal “comfort shoes" Scholl ini boleh didapati dengan harga antara RM120 hingga hampir RM300 mengikut bentuk dan design kasut yang dipilih.