Saturday, September 5, 2009

Miliki Pekerti Mulia Seindah Akhlak Nabi

Jom miliki pekerti mulia seperti saranan Nabi S.A.W..

Sepertimana yang kita semua tahu.. Akhlak yang paling baik adalah akhlak Rasulullah S.A.W..Di mana Baginda memiliki budi pekerti yang indah dan terpuji, baik dalam hubungannya dengan Allah swt mahupun hubungan sesama makhluk di bumi Allah swt..

Berbekalkan tajuk Seindah Akhlak Nabi..Ana mengajak antum semua, mari sama-sama kita hayati dan ambil pengajaran di atas tiap2 pesanan Rasulullah s.a.w berkaitan dengan persoalan akhlak dan budi pekerti...Kita go through 1 persatu

1. Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kepadaku pada hari kiamat kelak ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya di antara kamu sekalian, suka menerima tamu, senang kepada orang dan disenangi orang.

Berpandukan pesanan ini, ianya dengan jelas menggambarkn betapa seseorang yg memiliki akhlak yang baik, budi pekerti yang baik...juga akn mendapt tempat yang baik di sisi Rasulullah S.A.W.. Subhanallah maha beruntungnya sesorg yang menyenangi dan disenangi oleh org lain.
Sepertimana kedudukan seseorg imam yang disukai oleh makmumnya..Ya.. kedua2nya menerangkan betapa pentingnya sifat @ sikap diri yang amat disenangi oleh orang lain sepanjang kita hidup di bumi Allah swt..


2. Kebahagiaan seseorang terletak pada budi pekerti yang baik.

Jadi jelaslah di sini bahawa jika kita inginkan kebahgiaan..Jika kita inginkan kedamaian dan ketenangan..terutamanya hati serta kehidupan..Kita perlulah mempunyai atau mengamalkan sifat atau budi pekerti yang baik. Ada yang mengatakan bahawa kebahagiaan itu terletak pada kehidupan yang baik..tapi hakikatnya ia terbit dan dimulai dari apa yang ada dalam diri kita..

3. Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.

Melalui pesanan Rasulullah ini ternyata ianya sebagaimana Islam yang bersifat Inqilabiyyah ( انقلبية ). Di mana Islam itu tidak boleh bangun seiring dengan kebangkitan jahilliyyah sebaliknya mestilah bangun di atas keruntuhan jahiliyyah.. Jadi begitu juga dengan akhlak manusia.. Sekuat mana pn ibadat seseorang tetapi jika memiliki akhlak yg buruk dan menyakitkan hati org lain ..jadi.. tidak ada yang lain melainkan tiada kebaikan baginya melainkan dia bertaubat ya'ni mengubah perangai ke arah insan yang baik..

Suka ana kongsikn Satu kisah yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w

Nabi saw telah membebaskn seorang tawanan wanita (bukan Islam) yang kalah dalam satu peperangan hanya semata-mata kerana ayah wanita itu seorg yg suka berbuat baik. Walaupn ayah wanita itu jgk bukan beragama Islam, ttp dia suka mberi makan kpd orang yang lapar dan suka menolong org lain yg kesusahan..

Kata nabi.." Sekiranya ayahmu seorg muslim, aku akan memohon rahmat untuknya. Bebasknlah dia (wanita itu) kerana ayahnya adalah seorg yg menyukai akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah menyukai akhlak yang baik."

Subhanallah.. tgok! kita boleh lihat lihat sndiri betapa Allah dan nabi saw mengangkat dan memuliakan seorg yg mpunyai akhlak dan budi pekerti yg baik..sungghpn seseorg itu bkn beragama Islam... Jadi bagaimana pula kita sbg seorg muslim?? pasti lbh tggi darjt diangkat jka kita mpunyai akhlak dan peribadi yg baik..


4. Dan yang terakhir " Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang berbuat keji dan bercakap kotor"

Ha ni satu lagi..Ya Allah ana sedih sgt bila memikirkn tentang persoalan ni..Bercakap kotor..Astghfirullah anak2 remaja mahupn org muslim dewasa kbyknnya gagal mengawal dr terbiasa dgn mengeluarkn kata2 kotor ni..Yang mane kdg2 byk melukakn hati org lain ...
Sedih kn..mane mereka tgglkn pesanan rasulullah ni agar kita sentiasa berperilaku baik dan menuturkn kata2 yang baik.. Pada ana nk tgglkn bercakp kotor xpayah pn sbnrny..Cuba kita fikir balik dari mana perkataan ni lahir dari mulut kita..??? Semuanya hanya lah kerana di buat2 kn.. Kita rasa seronok bla dapt bbuat demikian atau dgn kata lain dgn ada diselitkn pkataan sbgini, perbualan atau pertuturan kita kita rasakn smkin menarik..lebih2 lg bla mceritakn sesuatu kjadian atau kisah kpd org lain.. Lebih2 lg bla kita tgok org lain tertawa dgn crita kita... Betol ke mcm tu?? mm ana rasa xbtol.. sbb apa ? org yg sukekn pertuturn kita tu org2 yg sama jgk jenisnya dgn kita..mksd ana sama perangai dgn kita.. Kerana tu la sifat kita manusia..cenderung kepada apa yg ade dlm diri kta..jika baik diri kita..pasti kita cenderung kpd sesuatu yg baik..begitulah sebaliknya..

mm berbalik pada persoalan bagaimana hendak meninggalkn dr menuturkn perkataan2 kotor ni.. mm pd ana ia jgk mcm dr mane asal kita menuturkn pktaan2 kotor..bgtu jgkla utk kita mnuturkn pkataan2 yg baik dr mulut kita.. Kita hnya perlu biasakn mulut kta mengeluarkn kata2 yg baik..biarpun mgkn mulanya hanya di buat2..lama kelamaan ia akan terbiasa.. Begitu jgk ke arah mendidik diri kita mnjadi insan yg baik..Biasaknlah diri dgn sesuatu yg baik..Insyaallah kelak kita akn lahir sbg insan yg baik..


Jadi Berdoalah mdh2an kita tergolong antara hamba2NYA yg mempunyai akhlak yang baik serta cintakn kebaikn..

p/s: tegurlah ana ke arah menjadi hamba atau insan yang terbaik..

2 comments:

  1. salamun alaik..lma jgk rsanya ana tgk blog ni tak dan update...mgkin nta tgh sibuk ngn sem akhir ni..whateva...ana doakan biltufik wa najah..linfa

    ReplyDelete
  2. terima ksh bg anta yang mendoakan.. insyaallah sesudah segalanya selesai akan di kemas kini kembali.

    ReplyDelete