Saturday, September 5, 2009

Tags Dari Sahabat..

Ini sekadar menjawab tags yang di kirim sahabat..
Persoalan yang minta di jawab adalah seperti berikut..

10 CIRI LELAKI/WANITA YANG LAYAK MENJADI ISTERI/SUAMI ANDA
Maybe ana rase ana nk tukar tajuk .. Terasa seolah hebat sgt ana ni kalau berlandaskan tajuk di atas ..."LAYAK"..sedgkn diri ni terlalu byk sgt kekurangan..jadi mgkin boleh ditukar kepada
10 CIRI WANITA IMPIAN UTK DIJADIKAN ISTERI ANDA..

 Jika diri ini layak pastinya mengimpikan seorang isteri yang.. :

1. Mencintai Allah dan Rasul Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.

Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara  

Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31

2. Mentaati Ibu Bapa

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.

Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23

Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf

Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)

Antara lainnya isteri solehah yang mentaati suami merangkumi..
  •  Memelihara kewajipan terhadap suami
  •  Sentiasa menyenangkan suami
  •  Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
  •  Tidak bermasam muka di hadapan suami
  •  Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
  •  Tidak keluar tanpa izin suami
  •  Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  •  Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
  •  Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
  •  Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
4. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.

Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah.

5. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

6. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)

Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.

7. Menjaga batas pergaulan

Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.

8. Bersahabat dengan wanita solehah

Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.

Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.

9. Tidak mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” 

10. Tidak lupa mengingat Allah walaupun sesibuk mana menguruskan rumah tangga (Mendahului Allah melebihi perkara lain)

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:

“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu..
..............................................................................................................................................

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah
  • Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’. 
2) Siti Fatimah
  • Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
  • Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
  • Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
  • Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 
3) Siti A’ishah
  •  Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
  • Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
  • Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar
  • Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
  • Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
  • Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 
5) Siti Mariam
  •  Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
  •  Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
  • Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
  • Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja. 
9 ) Siti Zubaidah
  • Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
...............................................................................................................................................

Subhanallah sgt indahnya rumah tangga bertunjangkn sepasang suami isteri yang soleh dan  solehah.

"Wanita (isteri) solehah ibarat hati di dalam jasad manusia. Sekiranya hati itu baik, nescaya baik seluruh anggota. Sebaliknya jika hati itu rosak, akan musnahlah segalanya." 

Begitu sekali Almarhum Syeikh Sa'rawi menyatakan perihal betapa pentingnya seorang isteri yang solehah dalam membina sebuah baitul muslim sakinah.

Dalam kata2 lain ada mnyebut (maaf ini ana terlupa kata2 siapa) ;-

"Keindahan dan kebahgiaan yang ada di dunia semuanya palsu belaka kecuali isteri yang solehah."


-Ya Allah kurniakanlah kami sebuah rumah tangga sakinah..amin..-

Miliki Pekerti Mulia Seindah Akhlak Nabi

Jom miliki pekerti mulia seperti saranan Nabi S.A.W..

Sepertimana yang kita semua tahu.. Akhlak yang paling baik adalah akhlak Rasulullah S.A.W..Di mana Baginda memiliki budi pekerti yang indah dan terpuji, baik dalam hubungannya dengan Allah swt mahupun hubungan sesama makhluk di bumi Allah swt..

Berbekalkan tajuk Seindah Akhlak Nabi..Ana mengajak antum semua, mari sama-sama kita hayati dan ambil pengajaran di atas tiap2 pesanan Rasulullah s.a.w berkaitan dengan persoalan akhlak dan budi pekerti...Kita go through 1 persatu

1. Sesungguhnya orang yang sangat dicintai dan sangat dekat kepadaku pada hari kiamat kelak ialah orang Islam yang paling baik akhlaknya di antara kamu sekalian, suka menerima tamu, senang kepada orang dan disenangi orang.

Berpandukan pesanan ini, ianya dengan jelas menggambarkn betapa seseorang yg memiliki akhlak yang baik, budi pekerti yang baik...juga akn mendapt tempat yang baik di sisi Rasulullah S.A.W.. Subhanallah maha beruntungnya sesorg yang menyenangi dan disenangi oleh org lain.
Sepertimana kedudukan seseorg imam yang disukai oleh makmumnya..Ya.. kedua2nya menerangkan betapa pentingnya sifat @ sikap diri yang amat disenangi oleh orang lain sepanjang kita hidup di bumi Allah swt..


2. Kebahagiaan seseorang terletak pada budi pekerti yang baik.

Jadi jelaslah di sini bahawa jika kita inginkan kebahgiaan..Jika kita inginkan kedamaian dan ketenangan..terutamanya hati serta kehidupan..Kita perlulah mempunyai atau mengamalkan sifat atau budi pekerti yang baik. Ada yang mengatakan bahawa kebahagiaan itu terletak pada kehidupan yang baik..tapi hakikatnya ia terbit dan dimulai dari apa yang ada dalam diri kita..

3. Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.

Melalui pesanan Rasulullah ini ternyata ianya sebagaimana Islam yang bersifat Inqilabiyyah ( انقلبية ). Di mana Islam itu tidak boleh bangun seiring dengan kebangkitan jahilliyyah sebaliknya mestilah bangun di atas keruntuhan jahiliyyah.. Jadi begitu juga dengan akhlak manusia.. Sekuat mana pn ibadat seseorang tetapi jika memiliki akhlak yg buruk dan menyakitkan hati org lain ..jadi.. tidak ada yang lain melainkan tiada kebaikan baginya melainkan dia bertaubat ya'ni mengubah perangai ke arah insan yang baik..

Suka ana kongsikn Satu kisah yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w

Nabi saw telah membebaskn seorang tawanan wanita (bukan Islam) yang kalah dalam satu peperangan hanya semata-mata kerana ayah wanita itu seorg yg suka berbuat baik. Walaupn ayah wanita itu jgk bukan beragama Islam, ttp dia suka mberi makan kpd orang yang lapar dan suka menolong org lain yg kesusahan..

Kata nabi.." Sekiranya ayahmu seorg muslim, aku akan memohon rahmat untuknya. Bebasknlah dia (wanita itu) kerana ayahnya adalah seorg yg menyukai akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah menyukai akhlak yang baik."

Subhanallah.. tgok! kita boleh lihat lihat sndiri betapa Allah dan nabi saw mengangkat dan memuliakan seorg yg mpunyai akhlak dan budi pekerti yg baik..sungghpn seseorg itu bkn beragama Islam... Jadi bagaimana pula kita sbg seorg muslim?? pasti lbh tggi darjt diangkat jka kita mpunyai akhlak dan peribadi yg baik..


4. Dan yang terakhir " Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang berbuat keji dan bercakap kotor"

Ha ni satu lagi..Ya Allah ana sedih sgt bila memikirkn tentang persoalan ni..Bercakap kotor..Astghfirullah anak2 remaja mahupn org muslim dewasa kbyknnya gagal mengawal dr terbiasa dgn mengeluarkn kata2 kotor ni..Yang mane kdg2 byk melukakn hati org lain ...
Sedih kn..mane mereka tgglkn pesanan rasulullah ni agar kita sentiasa berperilaku baik dan menuturkn kata2 yang baik.. Pada ana nk tgglkn bercakp kotor xpayah pn sbnrny..Cuba kita fikir balik dari mana perkataan ni lahir dari mulut kita..??? Semuanya hanya lah kerana di buat2 kn.. Kita rasa seronok bla dapt bbuat demikian atau dgn kata lain dgn ada diselitkn pkataan sbgini, perbualan atau pertuturan kita kita rasakn smkin menarik..lebih2 lg bla mceritakn sesuatu kjadian atau kisah kpd org lain.. Lebih2 lg bla kita tgok org lain tertawa dgn crita kita... Betol ke mcm tu?? mm ana rasa xbtol.. sbb apa ? org yg sukekn pertuturn kita tu org2 yg sama jgk jenisnya dgn kita..mksd ana sama perangai dgn kita.. Kerana tu la sifat kita manusia..cenderung kepada apa yg ade dlm diri kta..jika baik diri kita..pasti kita cenderung kpd sesuatu yg baik..begitulah sebaliknya..

mm berbalik pada persoalan bagaimana hendak meninggalkn dr menuturkn perkataan2 kotor ni.. mm pd ana ia jgk mcm dr mane asal kita menuturkn pktaan2 kotor..bgtu jgkla utk kita mnuturkn pkataan2 yg baik dr mulut kita.. Kita hnya perlu biasakn mulut kta mengeluarkn kata2 yg baik..biarpun mgkn mulanya hanya di buat2..lama kelamaan ia akan terbiasa.. Begitu jgk ke arah mendidik diri kita mnjadi insan yg baik..Biasaknlah diri dgn sesuatu yg baik..Insyaallah kelak kita akn lahir sbg insan yg baik..


Jadi Berdoalah mdh2an kita tergolong antara hamba2NYA yg mempunyai akhlak yang baik serta cintakn kebaikn..

p/s: tegurlah ana ke arah menjadi hamba atau insan yang terbaik..