Monday, August 27, 2012

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT

Kira2 kurg lebih 3 tahun blog ni xdiusik x dikemaskini atau di update utk sbrg post. 
Dan alhamdulillah dalam kurg lebih 3 thn ni lah pelbagai mcm benda yang berubah dan pelbagai macam kenikmatan yg Allah kurniakn.. Xkurg juga ujian2 sbg penambah kash syg Allahu azza wajalla buat diri ini.

Alhamdulillah kini diriku sudah pun bekerjaya. Dari Seorang pelajar kejuruteraan sehinggalah bergelar engineer, yang mgkn di impikan sejak di bangku sekolah lg. 

Sehingga hari ini aku telah pn bekerja utk 4 buah syarikat berlainan. Pertama di sebuah syarikat pembuatan dan penghasilan racun dan baja kimia, kemudiannya ke syarikat oleokimia, penghasilan makanan dan minyak dari kacang soya sebelum beralih pula ke syarikat milik Jepun di Shah Alam sbg Jurutera Persekitaran (Environmental Engineer). Namun kerjaya di sana hanya bertahan sehingga 6bln shj kerana menerima tawaran kerja yang lebih baik di Bandaraya Miri, Sarawak.

Alhamdulillah status ku kini juga berubah. Impian untuk berumah tangga selepas 1thn bekerja akhirnya terlaksana dengan izin Allah swt. Aku sgt2 bersyukur atas sgala kurnia dan aturan allah ini sungguhpun kini terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta. Isteri yang pd aku sesuatu yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa dan seorg insan yang sangat2 istimewa. 

Jodoh yang bermula dengan suatu perkenalan yg sgt unik dan istimewa yg mna aku mnerima tawaran dr keluarga ku tanpa aku tlbh dlu mengenal rupa, sikap mahupan suara bakal isteriku. Cuma yang ku tahu seorg insan yg bertudung labuh dan bersarung tangan serta kaki dengan sempurna. Alhamdulillah dengan penyerahan pd Allah pd awalnya membawa 1 kenikmatan pada keluarga yang baru dibina ini.

Cuma apa yg perlu dilalui kini adalah harus terus tabah menghadapi hidup sehari2 tanpa isteri di sisi. Telah ditakdirkan rezekiku di bumi sarawak dan dia di bumi kelantan tercinta. Tp aku ttp yakin insyaallah suatu hari Allah akan dekatkan jua kami. Terus usaha dan berdoa insyaallah masanya akan tiba..

No comments:

Post a Comment