Wednesday, May 6, 2009

Bertemu Janji Allah


Tajuk Buku : Bertemu Janji Allah
Karya : Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terbitan : 2008

Bertemu Janji ALLAH…Alhamdulillah skrg dpt balik menyambung pembacaan buku Bertemu Janji Allah..karya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..Insyaallah dlm cuti semester panjang ni ana dpt mbca lbh byk buku-buku dlm smpanan yg xsempat dibaca sebelum ni..

Sebenarnya buku ni mempunyai 2 jilid iaitu 1&2..Kedua2nya dh lama keluar, xsilap ana bagi jilid 2, dh kluar dalam bulan januari yang lepas..

Jom kita menyingkap apa yang tertulis dlm Jilid 1 ni..

Mmm..secara keseluruhannya buku ini memfokuskan sorotan kepada persoalan akhirat. Ia mengajak kita untuk cuba menjenguk misteri alam akhirat berpandukan wahyu yang diterima oleh Nabi besar Junjungan kita Muhammad S.A.W.

Buku setebal 190 halaman yang mengandungi 38 bab ini cukup jujur memunggah apa saja yang berkaitan dengan alam yang sama-sama kita akan berada tidak lama lagi. Dengan perbincangan Mashyar yang detail, buku ini mengembangkan sayap rahmahnya kepada hal-hal yang menyentuh persoalan berkaitan kehidupan seharian di dunia, yang mana akan di bawa ke Mahsyar.

Ia sebuah pengembaraan ilmu yang dipimpin oleh seorang yang arif, berpandangan jauh, ikhlas lagi bijaksana. Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah di antara segelintir ilmuan Islam yang layak ditumpangi suluh bimbingannya. Buku ini tidak mengecewakan kita kerana ia membawa persoalan yang cukup penting untuk persiapan kita semua: bersiap-siap untuk ke sana.

"Di sisi Islam, kejayaan manusia tidak diukur dari aspek penguasaan kehidupan dunia. Kejayaan hakiki bergantung kepada sejauh manakah manusia mampu berusaha menyingkap segala rahsia hidup yang abadi.

Hitam putih masa depan kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup seseorang itu semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulnya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.

Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menempa azab dariNya.

Buku ini mengajak pembaca menelusuri jejak-jejak menuju mahsyar. Ia cukup menyentuh dan menyayatkan hati. Dengan mengikuti huraian tentang hari kiamat dan alam akhirat. Tok Guru cuba mendorong kita untuk menjadi mukmin yang lebih mencintai akhirat, justeru di sanalah hidup kita yang sebenar, dunia keabadian dalam pertemuan yang pasti di sisi Allah SWT.
.................................................................................................................................................................
Sebuah lagi buku yang bermutu dari Tok Guru yang memfokuskan persoalan hari akhirat. Dari perbincangan Padang Mahsyar yang menakutkan hinggalah kepada hal-hal yang menyentuh persoalan berkaitan dengan kehidupan seharian di dunia yang mana setiap apa yang dilakukan akan pasti dibawa untuk pengadilan di padang Mahsyar..

-Insyaallah karya2 Tuan Guru Nik Aziz jadi koleksi himpunan terbaru dalam rak buku ana selepas novel2 islami sblm ni..insyaallah-

No comments:

Post a Comment