Saya berasa tertarik untuk mengkaji
dan berkongsi berkenaan kasut Scholl ini setelah ianya amat disarankan
oleh doktor-doktor perubatan terutamanya bagi isteri2 yang sedang mengandung.
Sehingga hari ini, Scholl sudah pun
memperkenalkan pelbagai rekabentuk kasut yang mengutamakan keselesaan dan
mengintegrasikan kaki semasa berjalan tidak kira untuk lelaki atau pun
perempuan. Ianya termasuk “best seller comfort shoes” untuk wanita ini seperti Bioprint, Gelactiv, Massage, Memory Cushion, Sole Support,
Arch Support dan Biomechanics.
Dengan kasut2 ini Pemakai boleh
berjalan sepanjang hari tanpa rasa letih, melegakan sakit kaki dan meningkatkan
keselesaan kaki dengan wujudnya teknologi pada kusyen yang dapat melindungi
pemakainya ketika berjalan.
Pemilihan Scholl bukan sahaja boleh meningkatkan keselesaann kaki, juga sesuai
digayakan dgn mana-mana fesyen.
Sepanjang post ini, anda bolehlah
mendapatkan sedikit info berkenaan tiap2 design “comfort shoes” Scholl tersebut. Dan ia mungkin dapat membantu anda (begitu juga saya) dalam membuat keputusan untuk memilih pilihan yang sesuai dibeli dan dipakai oleh anda atau yang tersayang.
1.
Seperti sarung tangan untuk kaki, Bioprint
direka mengikut kontur/postur kaki yang boleh memberikan keselesaan yang
optimum kpd si pemakai. Ia menyediakan tahap tekanan yang berbeza dan
sokongan kepada setiap bahagian kaki bagi memastikan kelancaran dalam setiap
langkah.
2.
Sebaliknya, Gelactiv dapat
mengurangkan keletihan dan menyegarkan kaki yang letih tanpa mengira
berapa lama kasut ini berada di kaki. Dengan kusyen gel yang menyerap kesan,
ia melindungi pemakainya ketika mereka berjalan.
3.
Sementara itu, Memory Cushion
adalah satu “footbed unik” yang diacuankan mengikut kontur kaki seseorang
dan seolah2 mempunyai spring untuk kembali ke bentuk asal. Maka ia menawarkan
tahap sokongan yang sama apabila memakai seterusnya. Dan Ia juga dapat
melegakan sakit kaki.
4.
Massage pula adalah kasut yang sering menjadi produk terlaris Scholl
setakat ini. Teknologi yang ada pada kasut/sandal ini memudahkan tekanan pada
kaki yang mana dengan perlahan-lahan ia mengurut tapak kaki ketika anda
berjalan. Ini disebabkan “Nodul” yang ada dalam footbed merangsang peredaran
darah di kaki anda.
5.
Arch Support membantu
melegakan tekanan dan keletihan pada kaki dengan keselesaan yang optimum untuk
kaki jenis flat feet, weak atau fallen longitudinal arches.
6.
Features yg ada pada Sole
Support pula akan membantu memberi senaman dan rentak pada otot kaki ketika berjalan. Ia juga
bertindak untuk melindungi dan melegakan ketegangan pada pusat kaki.
7.
Akhir sekali, Biomechanics
direka untuk memberi kesan positif bagi “allignment dan postur
kaki” yang mana mengurangkan tekanan dan daya pada kaki dan sendi.
Disebabkan kasut-kasut Scholl ini sesuai bagi
meningkatkan kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan melalui kaki. Jadi tidak
hairanlah mengapa harganya agak sedikit mahal walaupun hanya cuma untuk
sepasang kasut/sandal.Tapi insyaallah perbelanjaan anda adalah berbaloi, lebih2 lagi untuk wanita-wanita yang sedang mengandung.
Setakat ini kasut/sandal “comfort
shoes" Scholl ini boleh didapati dengan harga antara RM120 hingga
hampir RM300 mengikut bentuk dan design kasut yang dipilih.
No comments:
Post a Comment