Monday, March 16, 2009

Kata-Kata Hikmah Imam Al-Ghazali


  1. Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak-geri dan tingkah lakumu. Kerana itu, kerjakanlah yang baik-baik.
  1. Tumpukanlah segala perhatianmu untuk bermunajat kepada-Nya
  1. Tundukkanlah kepala dan pandangan matamu
  1. Diamlah, jangan berberbicara tentang sesuatu yang tiada faedah bagi agama.
  1. Cepat-cepatlah memenuhi panggilan agama
  1. Jauhilah larangan-larangan agama
  1. Janganlah menentang terhadap takdir Allah s.w.t
  1. Sentiasa ingat dan zikir kepada-Nya
  1. Berfikirlah selalu tentang nikmat-nikmat dan keagungan-Nya
  1. menangkanlah yang hak dan gugurlahkanlah yg batil.
  1. Janganlah menggantungkan harapan kepada selain allah s.w.t
  1. Rendahkanlah hatimu kepada Allah s.w.t
  1. Sesalilah segala perbuatanmu yg tercela dan merasa malu di hadapan Allah s.w.t
  1. Hindarilah segala tipu daya yang tidak diuji dalam mencari nafkah dengan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t selalu melimpahkan rezeki kepada semua hamba-Nya. Dan dalam segala usaha kebaikan apapun sertailah dengan tawakkal kepada-Nya.
  1. Hendaklah seseorang menerima masalah yg dikemukakn oleh muridnya.
  1. Sabar dan tabahlah dalam menghadapi segala persoalan.
  1. Bersikaplah lemah lembut dan sopan-santun dengan menundukkan kepala.
  1. Bersikap tawadhuklah dalam segala bidang pergaulan.
  1. Janganlah keberatan menjawab : ”aku kurang memahami jika memang belum mampu menjawab sesuatu masalah”.
  1. Bila mencari teman untuk kebahagian akhirat, perhatikanlah benar-benar urusan agamaNya. Dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi, maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya.
  1. Carilah teman utk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik-baik soal-soal keselamatanmu dan kejahatannya.
  1. Dahulukanlah temanmu daripada dirimu sendiri dalam masalah duniawi, atau paling tidak hendaklah bersedia memberi bantuan material kepada temanmu yang memerlukannya.
  1. Maafkanlah temanmu yang sedang melakukan kesalahan dan janganlah sekali mencelanya.
  1. Doakanlah temanmu selagi masih hidup mahupun telah meninggal dunia.
  1. Sampaikanlah berita gembira kepada temanmu tentang perbuatan-perbuatannya yang mendapat sambutan baik dari orang lain, dan perhatikanlah pembicaraannya tanpa membantah.
  1. Jagalah rahsia temanmu, tutupilah keburukannya dan diamlah jangan membesarkan kesalahannya yang dibicarakan org lain.
  1. Ada 4 perkara yg menguatkan badan.

a) memakan daging

b) mencium bau-bauan

c) memperanyakkan mandi, bukan mandi junub

d) memakai kain cotton.

  1. Ada 4 perkara yang menambah kecerdasan akal

a) meninggalkan perkataan yang tidak perlu

b) bersuci

c) bergaul dengan org2 soleh

d) bergaul dengan para ulama’

29. Apabila cinta kepada Allah sampai ke lubuk hati, maka semua cinta selain-nya akan tersingkir.

30. Ilmu yg hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama dari dunia. Barang siapa yang tahu akan hal itu, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untuk mengambil yang nista.


Dipetik dari buku `Penawar Bagi Hati’ karya Abd Aziz Ismail

1 comment:

  1. syukur alhamdulillah . . . peringatan yang tersangat baik.

    ReplyDelete