Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, July 18, 2009

Luasnya Neraka

Luasnya Neraka.. !!!

Pernahkah antum semua mendengar apa itu Neraka Jahannam..?? Details apa yang ada di dalam nya..??? Alhamdulillah..syukran buat pemilik blog di mana ada dpt tazkirah berguna ni..

Ingin ana kongsikan..ingin ana igtkn kita semua bgaimana hebatnya kuasa Allah..dan bagaimana juga hebatnya azab Allah buat hambaNYA yang angkuh terhadap Allah swt.. Igtlah sehebat mana pun kita, kita tetap hanya hamba, ya'ni kekuasaan yang hanya terbatas dan sentiasa di kawal oleh kehebatan pencipta iaitu Allahu azzawajalla..

Selain itu, boleh kita lihat, boleh kita hayati betapa kasih dan sayangnya Rasulullah terhadap kita ya'ni ummat baginda. Mungkin selama ini kita lebih banyak didengarkan dgn kisah kewafatan baginda yang mana sehingga akhir nafas pun baginda masih lg menyebut " UMMATI..UMMATI..UMMATI.." yang mana merupakan 1 bukti yg menunjukkan kasih sayang baginda .

Jadi apa yang berlaku di dalam neraka Jahannam ini merupakan satu lg kisah lain atau bukti yang menunjukkan betapa kasih, bimbang dan sayangnya baginda terhadap kita ya'ni ummatnya..

Tapi apa yang menyedihkan pada ana hari ini..kita seolah2 xsayangkn diri kita..Baginda Rasulullah yang lebih sygkn kita.. Kalau syg diri sndiri pun..kita pasti xsehebat Rasulullah s.a.w yang lebih menyayangi diri kita (ummatnya)...Jadi kita perlu muhasabah balik diri kita.. Tanamkn dalam diri cintakan diri sendiri dan cintakan Rasulullah s.a.w... Kita boleh lihat dari banyak sirah, banyak hadis dan banyak kisah yang menunjukkan kasih syg Rasulullah s.a.w terhadap kita.. Marilah kita sama2 memanjatkan selawat buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W..

Ok mari kita hayati dan ikuti kisah perbualan di antara Baginda Nabi dengan Jibrail A.S..

.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."



Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"



Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)



Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk di setiap pintu-pintu itu?"


Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar


nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Saturday, May 9, 2009

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

By : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."
 
Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.
 
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
 
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
 
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: ”Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
 
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
 
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."


Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.
-dipetik dari harakahdaily.net-

Monday, April 20, 2009

PERTUNANGAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM

Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama... kadang2 kita masih tertnya2.. Ape erti pertunangan sebenarny...

Ni contoh2 persoalan yang sering diajukan masyarakat yang ana dapat kumpulkn..
"ape pandangan korang tentang bertunang ni r?? ape guna bertunang??
adakah ia bermaksud "i'm not single"?? boleh ke klau x bercinta tapi btunang? mase btunang 2 bleh bcinta gk kn?? n org brcinta, then bertunang, mkne nya dea da xperlu risau r awek dia kna rmpas, sbb org kta da kna ikat..."
"btunang 2 just "janji"?, so nape lak de yg smpai nk kuar duit nk btunang?? kn baik kawin je terus..."
"camne lak bcinta lepas tu btunang ?? msa bcinta tu xknal hati budi masing2 ke?"

mmm..pelbagai persoalan timbul kan..Jadi sesungghny mari kita tgok ape Islam sebut mengenai pertunangan..

PERTUNANGAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM
(Source: www.yadim.com.my)

Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan, utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita pilihannya itu. 

Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam membuat keputusan. Untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya,  fahamannya dan soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama.

Pertama; adakah fardu ain si lelaki ´benar-benar beres´ kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri apabila telah mendirikan rumahtangga kelak.

Memerhatikan pelaksanaan ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan secara berjemaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebagai syarat yang akan mensejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah apabila selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ´Queen Control´ kepada suami. Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut hukum Islam.

Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu semata- mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan berakhlak buruk seperti tidak sembahyang atau suka berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu reda terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

Setelah membuat perbincangan, wali wanita ada hak menentukan sama ada mahu menerimanya ataupun tidak, cuma secara beradabnya eloklah ditanya kepada empunya diri terlebih dahuluMana-mana wanita yang tidak pandai membuat keputusan, eloklah memberi keputusan kepada walinya dalam membuat keputusan sebab pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya.

Wali yang baik akan memilih lelaki yang beragama dan berakhlak mulia. Bagaimanapun, jika si anak itu mempunyai pilihan sendiri yang agak lebih baik agamanya daripada pilihan bapanya itu, bapa hendaklah menghormati hasrat anaknya itu.

Untuk mendapat keberkatan Allah, dari awal majlis peminangan lagi kita mesti menjaga adab.
Keberkatan Allah ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu.
Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai ke hari tua. Contohnya, orang pada zaman ´salafusaleh´, rumah tangga mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.

Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ´tidak cantik´, tidak bahagia. Ada saja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini. Sebab itulah amat penting dijaga suasana majlis ini. Biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah dapat kita jaga dengan baik.

Seperkara lagi, jangan dibebani rombongan peminangan dengan berbagai- bagai hantaran yang mahal-mahal.
Contohnya, pakaian, makanan, buah- buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunang, cincin nikah dan cincin hadiah.
Memadai dengan sebentuk cincin saja.
Malah Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan cara demikian. Apabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah tangga. Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita itu sendiri, kerana mas kahwin itu memang haknya.

Walau bagaimanapun, sekarang ini semua negeri sudah menetapkan berapa mas kahwin untuk wanita tersebut apabila berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak menetapkan berapa mas kahwinnya,  kita perlu hormati. Begitulah kehendak syariat.

Sebab itulah dalam soal ini, Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang paling baik ialah yang terendah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang terlebih murah mas kahwinnya."

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
"Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling sedikit mas kahwinnya."

Bersabda baginda lagi yang bermaksud:
"Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera dipersuamikan dan segera rahimnya itu kepada beranak dan murah mas kahwinnya."

Kita patut mengetahui setengah daripada mas kahwin isteri Rasulullah s.a.w itu  hanya sepuluh dirham saja;
sama nilainya dengan harga batu pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah baginda.
Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham). Manakala Said Ibnu Musayyab mengahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.

Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka.
Katanya:
"Tiada berkahwin Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham."

Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin.
Contohnya, ayat dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak yang dikehendaki.
Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah lama ditinggalkan.

Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan digunakan oleh pihak keluarga wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Jika begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya. Kecuali bakal menantu hendak memberi hantaran, boleh kita terima, inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.

Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan tunangnya agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia).
Hendaklah bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaahmemadai dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.

Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu tempoh yang agak lama jaraknya dengan penikahan.
Sebaik-baiknya dilaksanakan pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari berbagai fitnah manusia.

Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan.
Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri.

Pertunangan yang diikat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya.
Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam ruang yang ´aman´ daripada fitnah sosial dan kerosakan maruah.

Walau bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut syariat.
Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunang.
Perbualan hanya sekadar menanya khabar,
memberi maklumat, menerima maklumat dan memberi nasihat.
Perbualan yang tidak berfaedah memadu kasih, berjanji mesra, bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya.

Pergaulan yang melibatkan tunang sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya.
Dilarang melihat tunang secara bersendiri.

Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita menerusi sabda baginda yang bermaksud:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka jangnlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya,
sebab nanti yang jadi orang ketiganya adalah syaitan."

Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:
"Tidak boleh sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.

Selamat Bertunang...
Kecantikan Yang Abadi Terletak Pada
Keelokan Akhlak & Ketinggian Ilmu Agama Seseorang,Bukan Terletak Pada Wajah & Pakaiannya
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu

cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara

kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

-Ayuh amal Islam secara Kaffah (keseluruhannya)..

Saturday, March 21, 2009

Budaya Nanti...

Untuk Renungan Bersama... Insyallah.. p(^_^)q

Umat Islam hari ini kurang berjaya sebab ada sikap nanti dulu, suka tangguh kerja, last minutes..Procrastinate. “ Nantilah. Esoklah. Jap g. Sibuklah…”

Umat terdahulu sungguh berjaya, antara faktornya mereka tidak suka bertangguh kerja.

Cuba lihat 3 contoh ini:

  1. Bila ayat terakhir pengharaman arak diturunkan, para Sahabat yang masih menyimpan arak terus membuang arak tanpa bertangguh lagi. Mereka tak kata, takpelah habiskanlah semua arak yang ada dulu. Esoklah kita buang. Tapi sejurus selepas arak diharamkan Allah, terus mereka buang.
2. Bila ayat pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram, Nabi saw sedang solat Asar. Apabila wahyu diturunkan ketika itu, Nabi saw terus memalingkan dirinya menghadap Kaabah. Nabi saw dan para Sahabat lainnya tidak tunggu solat Maghrib baru nak menghadap Masjidil Haram.


3. Selepas peperangan Khaybar, para Sahabat berjamu daging keldai. Ketika itu daging keldai masih dihalalkan. Lalu Nabi saw dijemput makan sekali. Dalam perjalanan ke tempat jamuan, Nabi saw mendapat wahyu sesungguhnya daging keldai adalah haram. Lalu, kesemua daging keldai terus dibuang. Licin. Tidak ada yang mengeluh. Semua diterima sebulat hati walaupun sudah penat menyediakannya.


Hari ini? Tak perlu nak sebutlah pasal isu-isu yang selalu dimainkan orientalis seperti poligami, faraid, aurat, jihad, hak wanita dan sebagainya yang sengaja dibuat untuk mengelirukan umat Islam, cukuplah kita lihat isu solat fardhu, perkara yang paling asas dalam Islam.


Berapa ramai selepas mendengar laungan azan, terus menunaikan solat? Atau kita selalu kata, awal lagi. Baru 1.30 (waktu zuhur).


Sebab itulah kita kurang berjaya dan tidak dapat menghayati Islam sepenuhnya. Benda asas pun kita boleh kata nanti dulu, inikan pula hukum-hukum lain….


Marilah kita fikir dan muhasabah diri ….

Berilah peringatan, krn peringatan itu amat bermanfaat bg org2 yg beriman..

Monday, March 16, 2009

Kata-Kata Hikmah Imam Al-Ghazali


  1. Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak-geri dan tingkah lakumu. Kerana itu, kerjakanlah yang baik-baik.
  1. Tumpukanlah segala perhatianmu untuk bermunajat kepada-Nya
  1. Tundukkanlah kepala dan pandangan matamu
  1. Diamlah, jangan berberbicara tentang sesuatu yang tiada faedah bagi agama.
  1. Cepat-cepatlah memenuhi panggilan agama
  1. Jauhilah larangan-larangan agama
  1. Janganlah menentang terhadap takdir Allah s.w.t
  1. Sentiasa ingat dan zikir kepada-Nya
  1. Berfikirlah selalu tentang nikmat-nikmat dan keagungan-Nya
  1. menangkanlah yang hak dan gugurlahkanlah yg batil.
  1. Janganlah menggantungkan harapan kepada selain allah s.w.t
  1. Rendahkanlah hatimu kepada Allah s.w.t
  1. Sesalilah segala perbuatanmu yg tercela dan merasa malu di hadapan Allah s.w.t
  1. Hindarilah segala tipu daya yang tidak diuji dalam mencari nafkah dengan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t selalu melimpahkan rezeki kepada semua hamba-Nya. Dan dalam segala usaha kebaikan apapun sertailah dengan tawakkal kepada-Nya.
  1. Hendaklah seseorang menerima masalah yg dikemukakn oleh muridnya.
  1. Sabar dan tabahlah dalam menghadapi segala persoalan.
  1. Bersikaplah lemah lembut dan sopan-santun dengan menundukkan kepala.
  1. Bersikap tawadhuklah dalam segala bidang pergaulan.
  1. Janganlah keberatan menjawab : ”aku kurang memahami jika memang belum mampu menjawab sesuatu masalah”.
  1. Bila mencari teman untuk kebahagian akhirat, perhatikanlah benar-benar urusan agamaNya. Dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi, maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya.
  1. Carilah teman utk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik-baik soal-soal keselamatanmu dan kejahatannya.
  1. Dahulukanlah temanmu daripada dirimu sendiri dalam masalah duniawi, atau paling tidak hendaklah bersedia memberi bantuan material kepada temanmu yang memerlukannya.
  1. Maafkanlah temanmu yang sedang melakukan kesalahan dan janganlah sekali mencelanya.
  1. Doakanlah temanmu selagi masih hidup mahupun telah meninggal dunia.
  1. Sampaikanlah berita gembira kepada temanmu tentang perbuatan-perbuatannya yang mendapat sambutan baik dari orang lain, dan perhatikanlah pembicaraannya tanpa membantah.
  1. Jagalah rahsia temanmu, tutupilah keburukannya dan diamlah jangan membesarkan kesalahannya yang dibicarakan org lain.
  1. Ada 4 perkara yg menguatkan badan.

a) memakan daging

b) mencium bau-bauan

c) memperanyakkan mandi, bukan mandi junub

d) memakai kain cotton.

  1. Ada 4 perkara yang menambah kecerdasan akal

a) meninggalkan perkataan yang tidak perlu

b) bersuci

c) bergaul dengan org2 soleh

d) bergaul dengan para ulama’

29. Apabila cinta kepada Allah sampai ke lubuk hati, maka semua cinta selain-nya akan tersingkir.

30. Ilmu yg hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama dari dunia. Barang siapa yang tahu akan hal itu, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untuk mengambil yang nista.


Dipetik dari buku `Penawar Bagi Hati’ karya Abd Aziz Ismail

Pesanan Rasulullah s.a.w:



Peliharalah Allah,
Maka Allah akan memeliharamu,Peliharalah Allah,
Maka kamu akan mendapati Nya berada di hadapanmu,

Seandainya kamu ingin meminta sesuatu,Maka pintalah pada Allah,
Dan seandainya kamu ingin memohon perlindungan,
Maka pohonlah perlindungan dari Allah,

Ketahuilah....Seandainya seluruh umat manusia
berkumpul dan berpakat,
Untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu,
Tidak akan datang satu pun kebaikan kepadamu,
Melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu,

Dan seandainya,Seluruh umat ini berkumpul,
Untuk mendatangkan satu kemudharatan ke atasmu,
Tidak akan datang satu pun kemudharatan ke atasmu,
Melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu...

Harapan ana semoga apa yang ana rasa akan dpt dirasai oleh sesiapa shj yg m'baca n m'tadabbur hadis ini.InsyaAllah jiwa kita akan lebih tabah dlm m'hadapi smua btk ujian yg bakal dikurniakn oleh Allah.
Aminnnn......