Saturday, July 18, 2009

Luasnya Neraka

Luasnya Neraka.. !!!

Pernahkah antum semua mendengar apa itu Neraka Jahannam..?? Details apa yang ada di dalam nya..??? Alhamdulillah..syukran buat pemilik blog di mana ada dpt tazkirah berguna ni..

Ingin ana kongsikan..ingin ana igtkn kita semua bgaimana hebatnya kuasa Allah..dan bagaimana juga hebatnya azab Allah buat hambaNYA yang angkuh terhadap Allah swt.. Igtlah sehebat mana pun kita, kita tetap hanya hamba, ya'ni kekuasaan yang hanya terbatas dan sentiasa di kawal oleh kehebatan pencipta iaitu Allahu azzawajalla..

Selain itu, boleh kita lihat, boleh kita hayati betapa kasih dan sayangnya Rasulullah terhadap kita ya'ni ummat baginda. Mungkin selama ini kita lebih banyak didengarkan dgn kisah kewafatan baginda yang mana sehingga akhir nafas pun baginda masih lg menyebut " UMMATI..UMMATI..UMMATI.." yang mana merupakan 1 bukti yg menunjukkan kasih sayang baginda .

Jadi apa yang berlaku di dalam neraka Jahannam ini merupakan satu lg kisah lain atau bukti yang menunjukkan betapa kasih, bimbang dan sayangnya baginda terhadap kita ya'ni ummatnya..

Tapi apa yang menyedihkan pada ana hari ini..kita seolah2 xsayangkn diri kita..Baginda Rasulullah yang lebih sygkn kita.. Kalau syg diri sndiri pun..kita pasti xsehebat Rasulullah s.a.w yang lebih menyayangi diri kita (ummatnya)...Jadi kita perlu muhasabah balik diri kita.. Tanamkn dalam diri cintakan diri sendiri dan cintakan Rasulullah s.a.w... Kita boleh lihat dari banyak sirah, banyak hadis dan banyak kisah yang menunjukkan kasih syg Rasulullah s.a.w terhadap kita.. Marilah kita sama2 memanjatkan selawat buat Rasul junjungan Muhammad S.A.W..

Ok mari kita hayati dan ikuti kisah perbualan di antara Baginda Nabi dengan Jibrail A.S..

.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"


Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."


Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."



Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."


Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"



Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas)



Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk di setiap pintu-pintu itu?"


Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar


nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."


Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai")


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


Wednesday, June 10, 2009

Peluang Menyemak Arah kiblat Dengan Betul


Alhamdulillah akhirnya ade jgk kesempatan utk ana menulis tntg ni..kalau beberapa tahun lalu ana juz tahu daripada radio IKIM je tntg ni.. n xdpt byk info sgt pn tntg ni..Dan ini alhamdulillah ape yg ana dpt di Masjid Permatang Badak..Ana tertarik dgn isinya..dan mdh2an ianya dpt menambah sedikit ilmu buat kite....insyaallah..

Fenomena Peristiwa Matahari di Atas Kaabah..

Sebesar tajuk di atas..inilah peluang kita utk menyemak balik..apakah betul arah kiblat kita sehari2 selama ni..

Pk2 balik Subhanallah..Maha Kasih dan Sayang nya DIA pada kita dgn menghadirkn peristiwa ni utk panduan.. Malah utk kajian kita sbnrnya.. Menunjukkan betapa berkuasanya DIA selaku Tuhan MAHA PENCIPTA..

Tahukah kita bahawa Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada DUA tarikh setiap tahun...
  • 28 Mei pada Jam 5:16 pm. (waktu Malaysia)
  • 16 Julai pada Jam 5:28 pm. (waktu Malaysia)
Apa yang berlaku ketika Tarikh dan Masa Tersebut???

Pada waktu tengahari di Mekah, Matahari akan berada tegak di atas Kaabah.

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ianya boleh disaksikan dari setiap pelusuk bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari).

Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat. Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, Umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengahari di Mekah adalah bersamaan jam 5.16 petang (28 Mei) dan 5.28 petang (16 Julai) di Malaysia.

Bagaimana kita ingin menentukan arah kiblat yg betul pada waktu tersebut??

Satu persoalan yang menarik utk dibincangkan..

Pada waktu tersebut anda hanya perlu
1) memacakkan sesuatu berupa objek tegak

2) lihat arah bayang matahari tersebut..

3) utk lebih tepat..ikatkn tali pada objek tegak tersebut dan unjurkan mengikut arah bayang objek tegak tersebut....

4) dari kedudukan terakhir tali tersebut, anda pandang ke arah objek tegak tersebut kembali... Jadi itulah arah kiblat anda..


untuk gambaran lebih jelas


credit to http://www.falak-online.net and http://www.falak.udm.edu.my

mutiara kata:
Kajilah keanehan-keanehan ciptaan Allah di alam semesta, nescaya Anda akan mendapatkan hal-hal yang menakjubkan, dan akan merasa bahawa, keresahan dan kegundahan itu akan lenyap. Sebab, jiwa manusia pada dasarnya, sangat senang terhadap sesuatu yang aneh dan asing.

Sunday, June 7, 2009

Hari-hari D UMP...


mm..masuk hari ni da sbuln lebih da diri ni berada d ump...mnyibukkan diri dgn keje2 d kolej kediaman sedangkn org lain sedang sibuk bercuti n menikmati hari2 bahgia bersama family masing2...


mm alhamdulillah walaupn bekerja..tetap jgk sempat pulang ke rumah utk tempoh sebuln ni..
mm nilah kali pertama drive sorg diri dr rumah ke ump ni..


n jd driver sepenuh mase kt rumah.. mm mane xnye.. cuti2 sekolah ni..mcm2 undgn dpt..majlis perkahwinan xputus2 sana sini...dari saudara mara hinggalah sahabat handai...


Sedar xsedar skrg da smpai zaman rakan2 seangkatn dah yg mndirikn rumah tgga.. Bila tgok sahabat2 ramai yg dah mndirikn mahligai masing2.. Semakin tkut pulak diri ni rase..sbb rase seolah2 tggjwb utk tu da smkin hmpir...kdg2 tertny2 pd diri sndiri, dh bsedia ke diri ni ke arah tu..? mm mcm byk lg je xckup..ye bkn mcm tp memg byk lg xcukup dlm diri ni..terutama ilmu2 agama.. Trigt pd 1 satu ugkpn yg dsmpaikn oleh seorg panel di dalam forum bertajuk "Cinta Remaja" yg dsampaikn di matrix ana dlu... "Seseorg yg hendak berkahwin, mestilah mempersiapkan diri SEKURANG-KURANGNYA 10 tahun sblm itu.." Ini menunjukkan betapa besarny tanggungjwab yg perlu di pikul di alam rumah tgga..agar terbinany sebuah baitul muslim dan baitul sakinah idaman..


Berbalik pada pekerjaan di ump ni... Niat awlny sekadar mengisi masa cuti di smping nk daptkn sedikit info utk projek final year akn dtg...n ape yg pntg liqa' tu x dtgglkn.. Tp skrg mcm da lari je dr niat ke2 tu.. Betol kate my SV, bese student smgt nk settlekn awl...last2..dlm semester lazim bru akan start buat...terasa mcm kene atas btg hidung sndiri jek.. Tp bkn sengaja mcm tu kn..da keje pn tiap2 hari termasuk sabtu n ahad kadg2..belom campur yg kdg2 smpai mlm.. bila smpai rumah da penat...n bila ade cuti sabtu ahad lak..confirm xwat sbb nk nikmati cuti tu betol2..

Pekerja2 SPB KK3, muka2 bahagia tiap2 pagi sblm memulakn kerja..
...tmbh2 pulak ade org yg blanje...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru...


16 MEI ...

1 angka yang ckup2 bermakna wat kita terutama insan2 yg bergelar guru,pensyarah, ustaz ataupun ustazah.. atau dengan kata lain cukup terkesan buat insan2 bergelar pendidik..
mm ya allah ana trigt pula pd cikgu sekolah ana dr tabika smpailah skrg..
 
Ucapan ni khas ditujukan buat mereka..insan yg sgt2 dimuliakn dlm agama..
Selamat hari guru cikgu: -cikgu, jasamu tak terbalas dgn apa yg ada didunia ini semoga yg maha esa membalas segala jasa-jasamu dan budi baikmu...jasamu tetap ku kenang sampai bila-bila....may god bless you teacher...terima kasih cikgu atas segala yang engkau curahkan... Halalkan segala ilmu yang cikgu curahkan. . Doakan segala kejayaan ku agar menjadi insan berguna utk agama. Terima kasih cikgu!!!!
 
Ya allah rindunya ana pd ustazah norazian binti mat daud yang dh macam ibu atau kakak ana sendiri..

insan yang xpernah putus memberi smgt dan galakn pd ana dari dlu smpailah skrg.
xlupa jgk buat insan2 yg mulia ini..


Mari kita lihat pandangan Islam mengenai guru..

Antara wasiat nabi s.a.w melalui hadis-hadis baginda;

Sabda nabi s.a.w
“ Bukan umatku sesiapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru. (riwayat Ahmad, Thabrani dan al-Hakim)

Sabda nabi s.a.w
“ Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka. (riwayat at-Thabrani)

Sabda nabi s.a.w
“ Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik ; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil”. (riwayat at-Thabrani)

Pengajaran yang boleh kita ambil daripada wasiat-wasiat nabi adalah seperti berikut;

1) Pelajar mesti bersifat rendah diri (tawadhu’) terhadap gurunya, tidak boleh melawan arahan guru, seperti pesakit mengikut arahan doktor.

Imam al-Ghazali berkata; “Tidak akan dapat ilmu kecuali dengan merendah diri dan mendengar dengan teliti…

2) Pelajar wajib melihat gurunya dengan penuh penghormatan.

Imam as-syafie berkata; “Aku membuka lembaran kitabku di depan Imam Malik (gurunya) dengan penuh hati-hati, supaya Imam Malik tidak mendengar bunyinya.

Ar-Rabi’ (murid Imam as-Syafie) berkata; “ Aku tidak sekali-kali minum di hadapan Imam as-Syafie sewaktu beliau melihatku kerana aku gerun dengan kehebatannya”.

3) Pelajar mestilah mengiktiraf hak gurunya dan jangan lupa kelebihan gurunya.

Syu’bah berkata; “ aku apabila menerima satu ilmu dari seorang manusia maka aku akan menjadi hambanya seumur hidup”.

Syauqi berkata dalam syairnya
“ Tunaikan hak guru dan muliakan mereka, seorang guru seolah-olah nabi yang diutus’.

Sepatutnya seorang pelajar mendoakan guru-gurunya sepanjang hayatnya, memelihara hubungan dengan keluarga guru-gurunya selepas kematian mereka, menziarahi kubur mereka, meminta ampun untuk mereka, mengikut jejak langkah mereka dan menjadikan guru-guru sebagai contoh dan tauladan dalam kehidupan.

4) Pelajar perlu bersabar dengan sikap panas baran gurunya, jangan sekali-kali memboikot mereka dan tidak belajar ilmu dari mereka.Jika guru marah, maka minta maaf dan bertaubat dengan kesalahan yang dilakukan, elakkan perbuatan yang boleh mendatangkan kemarahan guru kerana semua ini akan menjaga hubungan baik antara guru dan murid.

Alim ulama berkata; “ Sesiapa yang tidak bersabar ketika menuntut ilmu maka dia akan kekal dalam kejahilan, sesiapa yang bersabar akan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.

5) Pelajar wajib duduk di hadapan gurunya dengan penuh adab sopan, mendengar dengan penuh minat, melihat kepada wajah gurunya, tidak berpaling ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah jika tidak ada keperluan.

Seorang pelajar perlu menjauhkan perkara-perkara yang kurang sopan di hadapan gurunya; tidak boleh mengganggu perjalanan P&P, tidak boleh menggerakkan tangan atau kakinya atau anggota lain tanpa hajat, tidak boleh mengorek hidungnya, tidak boleh menguap dengan membuka mulutnya, tidak boleh tidur waktu belajar, tidak boleh bermain jari jemarinya atau seluar dan bajunya, tidak boleh banyak cakap tanpa hajat, tidak boleh buat lawak yang menyebabkan kebisingan, kalau terpaksa ketawa ketawalah tanpa suara,tidak boleh banyak berdehem tanpa hajat, jika terpaksa bersin maka rendahkan suara semampu mungkin dan tutup mukanya dengan sapu tangan atau tisu.

6) Pelajar tidak boleh masuk ke bilik guru atau tempat yang dikhususkan untuk guru tanpa izin.

Jika setelah minta izin tapi tidak diizinkan masuk maka pulanglah jangan sekali-kali diulang-ulang minta izin. Jika ragu-ragu samada guru mendengar atau tidak maka boleh diulang sebanyak tiga kali sahaja, jika terpaksa mengetuk pintu maka ketuklah dengan lembut dan beradab dengan hujung jari. Apabila dibenarkan masuk, masuklah dengan penampilan yang terbaik, badan yang bersih, berpakaian kemas lebih-lebih lagi jika P & P sedang dijalankan.

Inilah di antara adab-adab yang perlu diajar kepada anak-anak oleh ibu bapa dan para pendidik. Jika anak-anak sejak dari kecil diajar adab-adab ini maka mereka akan menjadi terpelajar bukan kurang ajar sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Mereka akan menjadikan guru-guru sebagai orang yang paling dihormati selepas ibu bapa mereka, gurulah orang yang memberi sinar cahaya dalam kehidupan mereka selepas mereka berada dalam kegelapan. Ingatlah sehebat manapun manusia, setinggi manapun pangkatnya dia mesti ada guru yang mengajarnya satu waktu dahulu. Oleh itu hormati guru, muliakan guru, janganlah melawan guru lebih-lebih lagi memukul guru, ikut arahan guru, kecuali jika disuruh melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.


semoga kita sama2 mengambil pengajaran

Mudah2an Ukhwah terjalin kerana allah..

Ya allah..mulenye tpk..ape ke benda ni?? Hebat sggh ana dh dapt award ..padahal bru je bjinak2 dgn blogspot.. =p hehe rupenya 1 award sbg tanda ukhwah pershbtn insyaallah..Dlm kate lain ni merupakan 1 tag dr sahabt..mm trima ksih pada asma seorg hamba Allah yang ana baru kenal mase KARNIAWAN VI @ UUM awl sem bru ni..org yang ana boleh aggp mcm adik ana kot..sbb dia muda pada ana..hehe..seorg bakal usahawan muda kelahiran KKU UDM..insyaallah..=)

NI la award nya...


RULES:
1. put this badge on your awesome blog.
2. award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. make sure you put the 'receipents' name here, along with their links.
4. let them know about this.

now ana pulak kena anugerahkn award ni kt sahabat2 lain..

1st tentunya ana bg kt Hidayath..
insan yang semakin aktif menulis n semakin hebt mmbca buku2 karangn penulis2 hebt seantero dunia..hehe ni insan yg proposed ana menonton filem lasar pelangi...hehe mujur best ye dayat..=p

then cik za ..
ex MPP 07/08..ude pggln dlm MPP..mm insan yg alhamdulillah byk boleh kongsi n pemberi perigtan buat ana..

then anis
huhu classmate yg smakin aktif mghias blog dgn gmbr2 photoframe nyer..mm rajin sggh budak nih duk main ngn benda alah tu..huhu

yg ke 4 smpai 1o..utk smua sahabt yg mngunjungi blog ni...
Award ni utk anda smua..

~mdh2an ukhwah berterusan..insyaallah~

Sunday, May 10, 2009

Laskar Pelangi.. [mesti tonton]


Filem yang diadaptasi dari sebuah novel fenomenal LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata, yang berlatarbelakangkan akhir tahun 70-an.
Bagi ku Laskar Pelangi The Movie adalah filem yang mesti ditonton.
Betul …Tidak semestinya sebuah novel yang bagus dapat membikin sebuah filem yang bagus.
Dan sering kali filem yang diadaptasi dari novel mengundang kemarahan pembaca karya asal..

Tetapi tidak bagi Laskar Pelangi The Movie..
Kerja-kerja adaptasinya luar biasa bagus.
Kerja-kerja adaptasi karya yang sangat terhormat.
Susunan plotnya..masyaallah menarik sekali…
Ibrah dan pengajarannya pula..tidak perlu dipersoalkan lagi…
Subhanallah sarat dengan pengajaran dan motivasi.
Syabas dan tahniah buat penulis dan pengarah filem ini yang dapat menggarap semua elemen pembinaan keperibadian dan sahsiah dengan baik..
Namun bagi yang belum membaca novel ini, amat disarankan membacanya untuk mendapatkan lebih feel, lebih pengajaran n memotivasi diri..
Adalah sesuatu yang tidak mengejutkan jika anda mampu menitiskan air mata ketika membaca buku atau menonton filem ini.

Cerita ini dipenuhi kisah tentang kalangan pinggiran, dan kisah perjuangan hidup menggapai mimpi yang mengharukan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.
Laskar Pelangi mengarungi hari-hari menyenangkan, tertawa dan menangis bersama. Kisah sepuluh kawanan ini berakhir dengan kematian ayah Lintang yang memaksa Einstein cilik itu putus sekolah dengan sangat mengharukan, dan dilanjutkan dengan kejadian 12 tahun kemudian di mana Ikal yang berjuang di luar pulau Belitong kembali ke kampungnya.

Kisah indah ini diringkas dengan baik dan mengharukan oleh
Andrea Hirata, kita bahkan dapat merasakan semangat masa kecil anggota sepuluh Laskar Pelangi ini.

"JANGAN PERNAH MENYERAH..
HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA..
DAN BUKAN MENERIMA SEBANYAK-BANYAKNYA!!!"

Sekian, perlu ditonton!
* Laskar Pelangi merupakan buku pertama dari Tetralogi Laskar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov. Buku ini tercatat sebagai buku sastera Indonesia terlaris sepanjang sejarah-
-bagi yang berminat nak tengok, boleh dapatkan dari saya-

Saturday, May 9, 2009

Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

By : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."
 
Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.

Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.
 
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
 
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.

Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
 
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: ”Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
 
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.

Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
 
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."


Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.
-dipetik dari harakahdaily.net-