Saturday, March 14, 2009

ADAB & PERATURAN DALAM PERGAULAN

Ikhtilat
Ikhtilat adalah berkumpulnya seorang atau beberapa lelaki dengan seorang atau beberapa
wanita di satu tempat, yg memungkinkan terjadinya hubungan di antara mereka samada melalui pandangan mata, isyarat, sentuhan atau percakapan.
1.Percampuran tanpa keperluan
percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa keperluan, sengaja atau utk tujuan yg merosakkan, maka tidak dibolehkan.
2.Percampuran kerana keperluan @ tempat awam
Cth: pejabat,sekolah, tempat awam, atas urusan2 ttentu dll. Diharuskan bersyarat tdk menimbulkan fitnah dgn mjga etika pergaulan.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Janganlah salah seorang diantara kalian (laki-laki) bersepi-sepi (berkhalwat) dengan wanita malainkan harus disertai mahramnya.” (Mutafaqqun’alaihi).


Pertuturan
Firman Allah SWT :” Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dgn lembut manja (semasa bercakap dgn lelaki asing) krn yg demikian boleh menimbulkan keinginan orang yg ada penyakit dlm hatinya (menaruh tujuan buruk kpd kamu), dan sebaliknya berkatalah dgn kata2 baik (sesuai dan sopan) " (Al-Ahzab: 32)
Adab Dalam Pertuturan
  1. bercakap sekadar keperluan
  2. tidak merengek-rengek, mendayu-dayu,mendesah, meruntun..
  3. tidak bercakap perkara lucah & tdk bergurau yang malampau
  4. bercakap dgn penuh sopan dan jelas
  5. tidak ketawa menggoda
Penglihatan
  • harus melihat muka dan tapak tangan tanpa syahwat
  • harus melihat muka dan tapak tgn utk tujuan pkahwinan
  • harus krn bermuamalat atau berurusan
  • haram memandang dgn nafsu
  • haram menjeling-jeling manja

No comments:

Post a Comment