Saturday, March 21, 2009

Budaya Nanti...

Untuk Renungan Bersama... Insyallah.. p(^_^)q

Umat Islam hari ini kurang berjaya sebab ada sikap nanti dulu, suka tangguh kerja, last minutes..Procrastinate. “ Nantilah. Esoklah. Jap g. Sibuklah…”

Umat terdahulu sungguh berjaya, antara faktornya mereka tidak suka bertangguh kerja.

Cuba lihat 3 contoh ini:

  1. Bila ayat terakhir pengharaman arak diturunkan, para Sahabat yang masih menyimpan arak terus membuang arak tanpa bertangguh lagi. Mereka tak kata, takpelah habiskanlah semua arak yang ada dulu. Esoklah kita buang. Tapi sejurus selepas arak diharamkan Allah, terus mereka buang.
2. Bila ayat pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram, Nabi saw sedang solat Asar. Apabila wahyu diturunkan ketika itu, Nabi saw terus memalingkan dirinya menghadap Kaabah. Nabi saw dan para Sahabat lainnya tidak tunggu solat Maghrib baru nak menghadap Masjidil Haram.


3. Selepas peperangan Khaybar, para Sahabat berjamu daging keldai. Ketika itu daging keldai masih dihalalkan. Lalu Nabi saw dijemput makan sekali. Dalam perjalanan ke tempat jamuan, Nabi saw mendapat wahyu sesungguhnya daging keldai adalah haram. Lalu, kesemua daging keldai terus dibuang. Licin. Tidak ada yang mengeluh. Semua diterima sebulat hati walaupun sudah penat menyediakannya.


Hari ini? Tak perlu nak sebutlah pasal isu-isu yang selalu dimainkan orientalis seperti poligami, faraid, aurat, jihad, hak wanita dan sebagainya yang sengaja dibuat untuk mengelirukan umat Islam, cukuplah kita lihat isu solat fardhu, perkara yang paling asas dalam Islam.


Berapa ramai selepas mendengar laungan azan, terus menunaikan solat? Atau kita selalu kata, awal lagi. Baru 1.30 (waktu zuhur).


Sebab itulah kita kurang berjaya dan tidak dapat menghayati Islam sepenuhnya. Benda asas pun kita boleh kata nanti dulu, inikan pula hukum-hukum lain….


Marilah kita fikir dan muhasabah diri ….

Berilah peringatan, krn peringatan itu amat bermanfaat bg org2 yg beriman..

Monday, March 16, 2009

Mandi Wajib

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.

Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,

mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Kata-Kata Hikmah Imam Al-Ghazali


  1. Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak-geri dan tingkah lakumu. Kerana itu, kerjakanlah yang baik-baik.
  1. Tumpukanlah segala perhatianmu untuk bermunajat kepada-Nya
  1. Tundukkanlah kepala dan pandangan matamu
  1. Diamlah, jangan berberbicara tentang sesuatu yang tiada faedah bagi agama.
  1. Cepat-cepatlah memenuhi panggilan agama
  1. Jauhilah larangan-larangan agama
  1. Janganlah menentang terhadap takdir Allah s.w.t
  1. Sentiasa ingat dan zikir kepada-Nya
  1. Berfikirlah selalu tentang nikmat-nikmat dan keagungan-Nya
  1. menangkanlah yang hak dan gugurlahkanlah yg batil.
  1. Janganlah menggantungkan harapan kepada selain allah s.w.t
  1. Rendahkanlah hatimu kepada Allah s.w.t
  1. Sesalilah segala perbuatanmu yg tercela dan merasa malu di hadapan Allah s.w.t
  1. Hindarilah segala tipu daya yang tidak diuji dalam mencari nafkah dengan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t selalu melimpahkan rezeki kepada semua hamba-Nya. Dan dalam segala usaha kebaikan apapun sertailah dengan tawakkal kepada-Nya.
  1. Hendaklah seseorang menerima masalah yg dikemukakn oleh muridnya.
  1. Sabar dan tabahlah dalam menghadapi segala persoalan.
  1. Bersikaplah lemah lembut dan sopan-santun dengan menundukkan kepala.
  1. Bersikap tawadhuklah dalam segala bidang pergaulan.
  1. Janganlah keberatan menjawab : ”aku kurang memahami jika memang belum mampu menjawab sesuatu masalah”.
  1. Bila mencari teman untuk kebahagian akhirat, perhatikanlah benar-benar urusan agamaNya. Dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi, maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya.
  1. Carilah teman utk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik-baik soal-soal keselamatanmu dan kejahatannya.
  1. Dahulukanlah temanmu daripada dirimu sendiri dalam masalah duniawi, atau paling tidak hendaklah bersedia memberi bantuan material kepada temanmu yang memerlukannya.
  1. Maafkanlah temanmu yang sedang melakukan kesalahan dan janganlah sekali mencelanya.
  1. Doakanlah temanmu selagi masih hidup mahupun telah meninggal dunia.
  1. Sampaikanlah berita gembira kepada temanmu tentang perbuatan-perbuatannya yang mendapat sambutan baik dari orang lain, dan perhatikanlah pembicaraannya tanpa membantah.
  1. Jagalah rahsia temanmu, tutupilah keburukannya dan diamlah jangan membesarkan kesalahannya yang dibicarakan org lain.
  1. Ada 4 perkara yg menguatkan badan.

a) memakan daging

b) mencium bau-bauan

c) memperanyakkan mandi, bukan mandi junub

d) memakai kain cotton.

  1. Ada 4 perkara yang menambah kecerdasan akal

a) meninggalkan perkataan yang tidak perlu

b) bersuci

c) bergaul dengan org2 soleh

d) bergaul dengan para ulama’

29. Apabila cinta kepada Allah sampai ke lubuk hati, maka semua cinta selain-nya akan tersingkir.

30. Ilmu yg hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama dari dunia. Barang siapa yang tahu akan hal itu, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untuk mengambil yang nista.


Dipetik dari buku `Penawar Bagi Hati’ karya Abd Aziz Ismail

Pesanan Rasulullah s.a.w:



Peliharalah Allah,
Maka Allah akan memeliharamu,Peliharalah Allah,
Maka kamu akan mendapati Nya berada di hadapanmu,

Seandainya kamu ingin meminta sesuatu,Maka pintalah pada Allah,
Dan seandainya kamu ingin memohon perlindungan,
Maka pohonlah perlindungan dari Allah,

Ketahuilah....Seandainya seluruh umat manusia
berkumpul dan berpakat,
Untuk mendatangkan satu kebaikan kepadamu,
Tidak akan datang satu pun kebaikan kepadamu,
Melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu,

Dan seandainya,Seluruh umat ini berkumpul,
Untuk mendatangkan satu kemudharatan ke atasmu,
Tidak akan datang satu pun kemudharatan ke atasmu,
Melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu...

Harapan ana semoga apa yang ana rasa akan dpt dirasai oleh sesiapa shj yg m'baca n m'tadabbur hadis ini.InsyaAllah jiwa kita akan lebih tabah dlm m'hadapi smua btk ujian yg bakal dikurniakn oleh Allah.
Aminnnn......

Sunday, March 15, 2009

Jalan Dakwah..Jangan Putus Asa WahaI Da'ie



Da'ie...

Jalan dakwah hanya satu..

Ingat!!! Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.

Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t.

Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan).

Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah.

Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan persatuan.

Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model.

Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini.

Ayyuh Da'ie bersemangat lah... kite truskn usaha2 nabi..walaupn xsehebat mereka..walaupn xbanyak usaha seperti mereka..tp insyaallah tetap ada nilai di sisi-NYA...


Marhalah Dakwah

Fardhil Muslim-Baitul Muslim-Masyarakat Muslim-Daulah Islamiyyah-Mujtama' Muslim-Uztaziyatul 'Alam..

"Dan tiap2 berita dr Rasul-rasul itu, kami ceritakn kepadamu (wahai Muhammad), utk mnguatkn hatimu dengannya. Dan telah dtg kepadamu berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bg org2 yg beriman." (surah Hud: 120)

bersama seorg tokoh dakwah 
(Ustaz Hasrizal @ saifulisam.com) di Malaysia

Saturday, March 14, 2009

Timbal Balik Kehidupan

Alhamdulillah ya Allah engkau hadirkn berita gmbira bg mngubat hati yg sedih sgt sepanjang

hari ni..Pagi tadi Terkejut bla Kak Amalina msg "zairie tahu dah ke angah (ukhti) masuk wad (wad kecemasan) ?" Lagi sadis bla dapat tahu ukhti kena masuk air 3 botol + ambil darah 2 kali hari ni + muntah beberapa kali.. =( Ya allah masa tu xtau nk ckp ape..nk nangis pn ade .. Xbleh nak balik tgok..Cuma k. Amalina pesan "xpela..doalah" mdh2an xde pape... mm bila pk2 balik..tula senjata yg ade kn..alhamdulillah Allah kurniakn satu lg nikmat wat kite sbg org Islam..Terigat ana pada satu firman allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Beruntung kita dipilih sebagai hamba yang bertuhan Allah swt, malah
lebih beruntung lagi bg org2 yg mukmin...Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjata orang mukmin. Allah Subhanahu Wataala memerintahkan hamba hamba-Nya supaya berdoa dan memohon kepada-Nya. Di samping itu pula, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri berpesan supaya kita berdoa bersungguh-sungguh. Berdoa itu adalah merupakan pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah Subhanahu Wataala dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah Subhanahu Wataala.

Lepas zohor tu tggu msg dr k. Amalina je smpaikan berita.. Dekat nk asar k.Amaliina msg "dia kat wad lg n disuspek dengki." Allah! mase tu.. serah pada allah ..mdh2an ENGKAU lindungi dia Ya Allah.. Petang lepas asar Allah kuatkn hati ni untuk call terus rumah tny keadaan ukhti pada k.ina..Alhamdulillah bila k.ina kate "da ok sikit lepas masuk air tadi..jgn bimbang sgt.." Tp hati still bmbg sbb xdgr dr ukhti sndiri..Xlama lepas tu bru ukhti msg bgthu keadaan dia..rupeny still sakit walupn xskuat sblum ni..gastrik n segala rase sakit sume diserang dlm waktu yg sama..n esok kna ambk darah lg sampailah bi.l platlet dalam darah kembali normal..tp tgok pd keadaan skrg jauh sgt lg nk smpai ke paras normal..xtau la smpai berapa lama ukhti kna ambk darah n masuk air..mgkn 3 hari atau lebih... ;-( Ya Allah dlu kak yati kate sakit bla ambk darah...Ni xtau mcm mane ukhti tggung sume ni..berapa kali lengan die akn dcucuk utk di ambil darah n dimasukkn air... =( Ya allah..engkau lindungilah die dan engkau sembuhkn la dia scepatny..amin.. ;-(

mm .. Td tepat jam 8.40 mlm ade game Liverpool vs MU.. Lepas siap solat isya' smua ..lbh kurg pukul 9 g kafe tgok..muleny xde mood jgk nk tgok,bla terigtkn ukhti..tp mcm mna pn kna g kafe jgk sbb xmkn lg mkanan berat spnjg hari ni..tkut gastrik serang lg..sbb ptg tu perut da sound da kekosongan...

Sementara tggu nasik siap ..tgok dlu game tu..Alhamdulillah suke sgt tgok gme hari ni bla team feveret main best n berjaya kalahkn rival dgn gol yg banyak (4-1) tambah2 lg kt old trafford..rase terhiburdan terubat ckit rase sedih sepanjg hari ni..



Cma tula..kna sedar yg ukhti still lg sakit... Ya allah engkau berilah kesihatan yg baik kepadanya dan engkau sembuhkan dia dr segala sakit..amin

Mdh2an dia terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian MU ya Allah..


Does Islam Oppress Women??

Mm dgn keadaan suasana yg sgt2 ttkn terhadap umat islam hari ni..ana cube kongsikn n lebh kpd membetulkn kembli tggapan masyarakt dunia hri ni trhadp agama Islam..actually ni speech yg ana smpaikn dlm kelas kelmarin…mdh2an ianya sedikit sbnyk dpt mmperbtulkn sdikit pmasalhn berkaitan kesucian agama Islam kpd masyrakt dunia hari ini…

Nowadays, Islam has been given bad impression by international communities. They say Islam is a terrorist religion and we as a Muslim received a bad effect because of that impression. Besides that, I also found that there is a misconception of Women in Islam. They view Muslim women as being oppressed a lot. So today I want to attract you to think about a question it is true Muslim women were oppressed in Islam? Let us see it from 3 aspects; history of social aspects for women before and after Islam, Muslim women appearance and Muslim family.

Islam teach peace practice.. 
In the past women were degraded and used as objects of lust. We can take example about their status in several earlier civilizations before Islam come.In The Babylonian Civilization women were degraded and were denied all rights under the Babylonian law. If a man murdered a woman,instead of him being punished, his wife was put to death. In Greek Civilization: woman called ‘Pandora’ is the root cause of misfortune of human beings. Meanwhile in before Islam spread Arabia, when a female child was born, she was buried alive. But when Islam came, Islam rehabilitates the status of women in society.
The Quran ended the cruel practice of female infanticide.

In Surah At-Takwir, verse 8-9, Allah says:
When the female (infant) buried alive is questioned for what crime she was killed…”

Subhanallah..so beautiful female baby in suite of islam.. 
Secondly, entitled Surah Al-Ahzaab (The Clans), verse 59 Allah the Almighty Says
“O Prophet, tell your wives and your daughters and the woman of the believers to bring down over themselves (part) of their outer garments. That is more suitable that they will be known (as free respectable women) and not be abused. And ever is Allah Forgiving and Merciful.”

Hijaab prevent wearer from involve in social problems..
This verse shows that Islam makes wearing a Hijaab necessary. Hijaab is the word used for covering, not only the headscarves (as some people may think) but also wearing loose clothes that are not too bright. Sometimes, people see covered Muslim women and they think of this as oppression. This is wrong. A Muslim woman is not oppressed, in fact, she is liberated. This is because she is no longer valued for something material, such as her good looks or the shape of her body. She compels others to judge her for her intelligence, kindness, honesty and personality. Therefore, people judge her for who she actually is. When Muslim women cover their hair and wear loose clothes, they are obeying the orders of their Lord to be modest, not cultural or social mores.

Lastly, in Islamic family, Islam not allows any cruel towards women.

Prophet Muhammad (saw) told Muslim men,
“the best among you is the one who is best to his family.”

What the interesting in Muslim family, Islam allows women to keep their maiden name after marriage, their earned money and spend it as they wish, and ask men to be their protector. About the issue of oppression toward women today, it not because of Islam, but some Muslim men. This is because of their cultural habits or their ignorance about their religion.









happy and full of bless with baitul muslim…



As conclusion, from my explanations in 3 aspect about the history of civilization towards women, Muslim women attire and Islamic family institution, I strongly believe that the concept of women in Islam is misunderstood. Before I end my speech, it is important to know that Islamic law is derived solely from Quran and Sunnah and attract their ummah be good men and leave all the bad attitude practices.


Islam are solely refer from the holy al-quran and sunnah that no any changes in their contents until today..

Osama Bin Laden

Pemuda yang kurus kering ini merupakan seorang anak jutawan. Kalau dah anak jutawan namanya., tok sah cakap lah,nak apa semua boleh dapat. Namun begitu, kasihnya kepada Islam, 

dia sanggup meninggalkan kemewahan didepan matanya lalu pergi menghambakan dirinya secara total dengan menjadi seorang Mujahiddin.

Menggikut cerita, bapanya adalah seorang yang warak dan mempunyai seramai 25 orang anak. Dia pernah berdoa kepada Allah agar ada diantara anaknya itu dapat menjadi seorang pejuang Islam bagi membebaskan Masjidil Aqsa. Katanya.., kalau boleh, tractor2 Yahudi yang ada di Palestine itu ditukar kepada kereta2 kebal bagi membebaskan Masjidil Aqsa. Agaknya.., Allah telah memperkenankan doanya itu lalu lahirlah pejuang Islam yang kopi 'O' (tulen) yang bernama Osama.

Mengikut ulama, Nabi s.a.w. ada menyebut:

"setiap pusingan seratus tahun, akan lahir seorang mujahid yang memperjuangkan Islam" atau dalam erti kata lain menggegarkan dunia orang kafir. Setakat yang kita tahu atau pernah dengar ialah, Salahuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh dari Turki, As-syahid Syed Qtub dari Mesir (kurun ke19) dan mungkinkah Osama bin Laden bagi kurun ke 20. Kalau kita tengok pada perjuangannya memang tiada siapa boleh challenge.


Hebat., sungguh hebat. Elok2 duduk dalam mahligai, dia boleh switch duduk dalam gua. Kalau setakat Batu Cave tu tak ada benda, najis kelawar banyak le. Lepas tu nak naik pun dah ada tangga. Tidak seperti Osama., terpaksa panjat gunung. Dan berpindah randah pulak tu, takut dikesan. Sepatutnya kita yang menggaku sebagai seorang Islam nie patut ada rasa seronok hendak berjumpa dengan dia (Osama) atau sekurang2nya rasa seronok dapat melihat dengan mata kepala sendiri suatu "figure"pejuang Islam yang hebat dizaman kita.

Bukan macam setengah orang tu..,boleh labelkan dia sebagai "pengganas". Kehebatannya terserlah setelah Bill Klentong (Clinton) pun gentar akan pengaruhnya. Sehingga Bill Clinton terpaksa isytihar, " siapa boleh bawa kepala Osama bin Laden kepadanya dia akan diberi US5 juta". Osama ketika ditanyai pemberita tentang apa komennya dengan reaksi Clinton itu, selamba je dia jawab, "kalau siapa boleh bawa kepala Bill Clinton kepadanya dia akan menghadiahkan seekor anjing kurap".

Lalu ditanyain lagi oleh pemberita kenapa lagu tu..?, Osama pun jawab, "Aku nie seorang muslim yang berusaha beriman kepada Allah. ". Itupun dah kira mahal dah letak nilai kepala Clinton dengan anjing kurap, kalau nak ikutkan tak ada harga langsung. Senyap pemberita.. Agaknya itu yang Clinton sampai nie dok benggang lagi kot. Kalau tak, takan dia increase lagi hadiah itu kepada US25 juta.

Umumnya, orang kafir semuanya memang takut dengan pengaruhnya. Sehinggakan tragedi 11 September World Trade Centre yang hancur sekelip mata itu sengaja dikaitkan dengan Osama. Bagi kita sebagai orang Islam, kita kena yakin penggakuan Osama yang dia tak ada kena menggena dengan peristiwa itu. Sebabnya dia adalah orang yang ADIL disisi agama Islam. Kalau ada pun orang Islam yang melakukan perkara yang tragis itu, perbuatannya

MUNGKIN

adalah sekadar bencinya pada Amerika yang senantiasa membuli orang Islam. Bukan sebab Osama.., Yang hairannya ada juga kutu dari kalangan orang Islam yang boleh mempercayai ianya ada kaitan dengan Osama lalu isytihar memberi sokongan tak berbelah bagi pada ketua pengganas Amerika laknatullah tu.

Kita sebagai orang Islam tak sepatutnya bertindak seperti itu atau langsung tak mahu tahu seperti reaksi seorang penyanyi pujaan Malaysia yang berjaya membawa watak orang gila dalam filem terbarunya itu, apabila ditanya tentang pandangannya tentang peristiwa Bosnia Hazergovina dulu, dia selambe je cakap, "kita tak usah campur, itu diaorang punya masalah".

Rasa nak terajang punggungnya dibuatnya. Sekurang2nya tadah tangan dan berdoalah, kalau itu yang kita mampu buat.

Kalau kita sokong apa yang dilakukan oleh Amerika, takut nanti kita nie tanpa disedari termasuk dalam golongan Munafiq. Nak jadi munafiq nie bukan payah isi2 borang. Dengan iktikad dan perbuatan aje dah cukup. 


Orang munafiq nie memang orang Islam, dengan sembahyangnya cukup, tahajudnya tak tinggal, haji umrahnya berkali-kali buat, kadang2 cara dia beribadat kalah kita. Tapi apa gunanya kalau dah jadi munafiq. 
Orang munafiq nie kalau mengikut tafsir, dia bersengkongkol dengan orang kafir menjatuhkan Islam. Hinanya orang munafiq ini sehinggakan ada special neraka baginya iaitu di Aspal Minan Narr (dasar api neraka).

Syaitan dan Iblis pun ditingkat atas lagi. Mudah2an kita dan keluarga kita terpelihara dari menjadi orang munafiq ini

Berbalik kepada kes Osama tadi., kalau kita tengok CNN, hampir setiap pemberitanya dari yang perempuan ke lelakinya, dari yang muda ke yang tuanya, dari John Makan Tayarnya (John Mc entire) hingga Christiananya.,semuanya jelas menghentam ISLAAAMMM... Engkau orang tak terasa benggang ke..? 

Osama dan Taliban yang Islam serta lemah itu senang2 je diaorang (kafir) kata mereka sebenarnya pengganas.

See the face dulu laa brother., antara Osama dengan Bush siapa berani kata muka Bush tak macam pengganas. Cuba tengok cara dia bercakap., dengan muka sombongnya dan angkuhnya, berbeza dengan Osama, setiap yang diungkapkan terselit dengan perkataan lillalahi atau wallahi - kerana Allah atau dengan nama Allah.

Dan apa yang diaorang nak serang sangat Afghanistan tu.. Dimana logiknya nak menghapuskan training camp Al Qaeda. Sedangkan dalam video yang ditayangkan aktiviti trainingnya pun bukan hebat sangat. Tak payah bom2 lah. tiup dek angin pun boleh tumbang. Semua struktur training basenya tak ada alat yang canggih2. Kalau ikut bahasa kita. training ala kampung le. Dan kalau musnah pun Al Qaeda training camp sekali pun, Taliban tak rasa rugi.

Silap hari bulan Taliban rasa lagi best training dalam keadaan yang lopak sana lopak sini (bekas kena bom), lagi adventure. Tak payah nak korek2 lagi. Kalau orang Islam tak nampak lagi., tak tahulah. Dan bumi Afghanistan ini., tak kiralah siapa yang memerintah, baik Taliban ke, Talipun ke atau Northern Alliance ke.., yang penting mereka itu memerintah dengan mendaulatkan Islam. Islam memang sudah tertegak dibumi Afghanistan dan sebab itu Amerika nak sangat hentam Afghanistan.

Dengan pengalaman 20 tahun berperang, ianya merupakan fizikal training yang Allah Taala aturkan. Setakat nak mati syahid tu pada diaorang macam kita berebut2 nak ambil borang rumah murah je, iyalah., orang yang dah yakin dengan

janji Allah - Allah beli mereka dengan syurga jika mati berjihad dijalan Allah. Dan mati syahid nie mengikut ulama sungguh nikmat. Tak tahulah bagaimana rasanya. Cuma yang jelas.., darahnya sebelum mencecah ketanah Allah Ta'ala dah sambut.

Dalam tafsir surah Yaasin ada diceritakan seorang pemuda dari satu kampung telah menemui syahidnya bagi mempertahankan tiga orang Nabi (zaman diantara Nabi Isa dan Nabi Muhammad). Dah masuk dalam kuburnya pun dia tetap berceramah dengan orang2 yang lalu di kuburnya, "matilah syahid" lebih kurang macam itulah, lalu Allah memberitahu kepadanya, Qie ladhkhunil jannah (masuklah kamu kedalam syurga).

Kira fenomena berani mati syahid ini memang bertepatan dengan inspirasi pejuang Islam yang tulen iaitu "Mati Syahid Adalah Cita-Cita Ku" , tuu sebabnya jangan kita perleceh mujahidin2 nie. Ada seorang ulama dari Pakistan dulu.., Syeikh Azmir.., 80 tahun dahulu dia telah mengarang suatu kitab. Dalam kitabnya dia ada menyebut lebih kurang, "Apabila jantung2 Islam, Hati2 Islam sudah tidak berfungsi lagi.., tinggal nadi2nya saja lagi, dan nadi2 itu ketahuilah, adalah bumi Afghanistan."

Hebat ulama dulu2, dia ada firasat, bukan main telek2 macam Monafendy. Nabi pun ada sebut, kalau tak salah, "takutilah firasat orang2 mukmin"(yang warak dan yang beriman lah). Dan ternyata bumi Afghanistan nie adalah bumi yang subur dengan para ulama2 dan para syahidin. Dulu sebelum Russia masuk dan dikalahkan, Britain dah kena "buboh"

Dulu.

Dia hantar 13,000 tenteranya ke Afghanistan dalam operasi menawannya. Orang Afghan bunuh 12,999 tenteranya dan tinggalkan yang seorang lagi yang kebetulan seorang doktor - suruh bagi massage kat ketuanya di India, don't play-play ha.!!!.

Dan sekarang nie, kita tengok orang yang kedua paling phobia dengan nama Taliban nie ialah Tony Blair. Beria-ria nak perang dan siap bagi warning lagi kat Taliban. Suruh dia belajar balik le.., sejarah tentang tenteranya dulu. Jangan main ikut sedap mulut je. Takut kot., pasal dia pun boleh dikatakan pembuli nombor satu orang Islam selepas Amerika.

Mudah2an kita semua orang Islam bersatu hati dalam membela umat Islam Afghanistan. Siapa lagi yang nak kita harapkan - United Nation tu tak boleh harap langsung. Jenis "Kepala Hangok betul. Tapi kesimpulannya disini kalau kita tengok senario perang di Afghanistan tu jelas peperangan diantara Islam dan Kafir.

Nak percaya ke tak nak percaya ke itu terserah pada diri masing2. Yang jelas sekarang nie.., dunia dah akhir zaman. Pertembungan Islam dan Kafirun tetap akan berlaku. Kalau tak kenapa Allah Ta'ala nak turunkan Imam Mahadi dan Nabi Isa. Selagi tak turun kedua2 orang ini, selagi itulah tak Qiamat. Sebagai memperkuatkan hujjah ini, ulama Islam dulu2, telah membuat calendar Islam.

Dan calendar Islam itu dia cuma buat setakat kurun 15 sahaja. Apabila ditanya kenapa begitu.? Dia kata., selepas kurun 15, dunia dah tak ada. Dan sekarang nie pun kita diambang kurun 15 (1430H). Kalau ikut calculation cuma tinggal 70 tahun sahaja lagi.

--Wallahualam--

Usah Merajuk Wahai Dai'e....Bersemangatlah!!!


Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah... 

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan... 


"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia 


Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka


Lalu dia pergi membawa hati 
Ke tepi pantai seorang diri
 Baginda menumpang Kapal pedagang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam di tengah lautan


Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh yang bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira


Sedarlah baginda akan dosanya
Dihukum Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi sentiasa
Memohon Ampun dari Tuhannya
"


Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali… 

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. 

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)


Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:


"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)


Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…



Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


sumber : bahantarbiyyah.info

Ayuh Syabab!!!




Syabab..
Lahirmu permata agama,
Jiwamu dididik kerana-NYA,
Kehidupan ditempuh menguji iman,
Cabaran berterusan membuah kematangan,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda dari belenggu penindasan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta gelombang,
Memancarkan kegemilangan,
Di bumi Allah Islam bersama kemenangan. 
Ayuh Syabab!!!
Teruskan Perjuangan....

            Nukilan : Mohd Zairie Bin Mohd Yusuff
                              Universiti Malaysia Pahang 2009



Ayuh Pejuang-Pejuang Islam!!!

Apakah Benar Engkau Pejuang


Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu terima pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya terima pimpinan

Engkau ingin berjuang
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
Tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak mampu terima ujian

Engkau ingin berjuang
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
Tapi tidak sepenuhnya terima pimpinan
Engkau ingin berjuang
Masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
Kerenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang
Rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
Displin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
Ilmu berjuang engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan…

APABILA SEMBAHYANG DITINGGALKAN

Apabila sembahyang di tinggalkan

Atau sembahyang dengan kejahilan

Atau sembahyang dengan kelalaian

Hubungan hamba dengan khaliqnya sangat cacat

Atau terus terputus

Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya

Oleh Allah,para malaikat,seluruh makhluk Allah

kecuali jin dan manusia.


Kalau begitu apalah erti kekayaan

Nama glamor tiada berguna

Bintang kehormatan yang akan menempa celaka


Dirikan sembahyang di atas waktunya

Di awal waktunya.

Pertahankanlah jemaah setiap waktu

Betulkan dan luruskan saf-safnya

Betulkan bacaannya

Hadirkan hati

Fahamkanlah maksudnya

Hayatilah tuntutan-tuntutannya

Rasakan kehebatan Allah

Menghina dirilah di hadapanNya

Agungkan dan besarkan zatNya

Hilangkan segala yang ada

Hanya kewujudannya sahaja kita rasa ada


Ingatlah sembahyang adalah amalan yang mula-mula sekali di periksa

Dirikanlah sembahyang dan jangan hanya bersembahyang

Agar seluruh amalan kita di terima. 


Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.(al-Baqarah:43)


JANJI ALLAH ..







Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.(al-baqarah:110)








Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (al-baqarah:86)


TIADA SEBAB UNTUK MENINGGALKAN SOLAT..

Allah memberi banyak keringanan dalam menunaikan solat..Jadi kita haruslah sedar bahawa betapa WAJIBnya solat atas tiap2 kita sbg muslim..







Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.(al-baqarah:239)